CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Hit Me More!!

ma slide show;)

Rabu, 27 Februari 2008

CINTA

cinta???

perkataan ni memang selalu kita dengar tak kira mana-mana negara pun kita pergi, sekalipun hujung antartika...
sebelum ni aku tak berminat sangat bercakap atau berbincang tentang cinta, tapi satu hari aku termasuk ke blog pakcik pelakon terkenal Catriona Ross, nama dia Razzi Rahman (seorang selebriti juga pada satu masa dulu).
ehm.. sejak tu lah aku suka baca kisah-kisah cinta orang lain..;) macam-macam yang bro (razzi rahman) kupas.. yang paling 'best' nasihat dan pandangan dia tentang cinta..
kat sini aku bagi sedikit info yang bro dah email kat aku.. harap semua boleh bagi pandangan dan nilai sendiri;>
Berikut adalah 7 langkah persiapan untuk memiliki cinta yang sejati:-

LANGKAH 1 : KENALI TENTANG LELAKI/WANITA TERLEBIH DAHULU

Bolehkah kita mengandaikan perhubungan cinta itu ibarat sebuah peperangan??
Sudah tentu boleh... Contohnya, setiap negara yangberperang akan senantiasa menyelidiki pihak lawan terlebih dahulu untuk mengukur kekuatan masing-masing.
Sekiranya mereka terus menyerang tanpa mengetahui kelemahan pihak lawan, nescaya negara mereka akan kecundang dengan mudah.
Jadi, mengenali lelaki/wanita 'pihak lawan' terlebih dahulu...pastinya akan memberi kelebihan kepada anda untuk memilih dengan tepat. Dengan memahaminya lebih dari biasa juga, akan menambahkan kebahagiaan di masa hadapan. Malah anda juga dapat mengelak dari tersalah pilih pasangan hidup.Jangan jatuh cinta dulu, cubalah memerhati setiap gerak-geri dan tutur kata bakal pasangan hidup anda itu terlebih dahulu. Dari situ, anda akan dapat lebih mengenali diri si dia.

LANGKAH 2 : BERSIAP-SEDIA UNTUK GAGAL

Peliklah Sang pencinta ni, bersiap-sedia untuk gagal ni langkah persiapan untuk memiliki cinta ke? PELIK, TAPI BENAR! Itulah langkah seterusnya khas buat anda bersiap untuk memiliki cinta yang sejati.Sebenarnya, ianya adalah persiapan anda dari segi mental. Ketahanan mental amat penting demi untuk anda tabah menghadapi kekecewaan hidup. Ramai yang berkata, "Ahhh...aku tak kisahnya...aku rock!...Gua tak ada halnya..."
Tetapi hakikatnya, apabila ditinggalkan dan pasangan anda pula curang, anda terkecewa,terseksa, merintih dan berduka separuh mati!
Jadi, bersedia untuk gagal adalah salah satu cara untuk anda cekal dalam menghadapi perhubungan cinta dan menemui insan yang betul-betul serius ingin bercinta dengan anda, kerana...mereka yang tidak serius akan menganggap anda terlalu susah untuk dipermainkan kerana anda begitu teguh untuk dijinakkan,
TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang menarik.


LANGKAH 3 : MENAMPILKAN DIRI MENGIKUT CITARASA

Mungkin ianya berbunyi cukup mudah, tetapi sebenarnya ia agak susahya. Maksud menampilkan diri mengikut citarasa ialah, BUKAN citarasa pakaian anda, BUKAN citarasa ketrampilan diri anda tetapi, citarasa orang yang bagaimana anda ingin miliki.
Contoh : Sekiranya anda inginkan seorang lelaki yang segak dan tampan, berpendidikan tinggi, baik budi pekertinya dan sopan orangnya. Anda mestilah mengubah diri anda menjurus kepada keperibadian lelaki itu juga.
Dan ianya mestilah bermula dibelakang dia lagi, maksud saya kehidupan seharian anda mesti turut berubah! Anda boleh ingat yang anda boleh berlakon di depannya dengan berlagak baik dan sopan. Tetapi jika tutur anda masih kasar, rumah anda masih tidak kemas dan anda juga pengotor. Tentu saja keperibadian anda itu akan terikut-ikut dan terkeluar di kemudian hari apabila anda sudah selesa dengannya. Dan itulah salah satu sebab gagalnya sesebuah perhubungan.


LANGKAH 4 : BERBICARA DENGAN ILMU

Maksudnya, bukan berbual kosong! Segala apa yang disampaikan penuh makna, bukan sekadar berbicara. Pengetahuan am anda juga sangat baik dan anda banyak mengetahui berbagai-bagai berita semasa.Dengan cara banyak membaca, anda akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berilmu. Kalau tak suka membaca pun boleh jugak...banyakkan menonton!
Tetapi, janganlah banyak menonton dram aje. Tontonlah discovery channel, dokumentari, berita dunia dan sebagainya. Jadikan ia satu amalan wajib, agar anda menjadi seorang yang lebih berilmu.
Dengan cara ini, apabila anda bertemu dengan orang yang anda suka,atau berbual-bual di kalangan teman-teman, anda akan kelihatan lebih menonjol. Anda juga telah menampilkan diri anda sebagai seorang yang berbicara dengan ilmu. Secara semulajadinya, ramai orang akan mulai tertarik dengan keperibadian anda. Tutur kata anda, cara anda yang mempunyai daya penarik tersendiri. Dan anda pula akan lebih bersedia menghadapi satu perhubungan untuk masa depan yang lebih terjamin.


LANGKAH 5 : BE HAPPY FOR OTHERS

Tahu tak yang semua agama mempunyai satu suruhan yang sama di dalam satu quote ini,
"Be happy for others!" ...maksudnya, jadilah gembira melihat kebahagiaan orang lain. Ianya disuruh begitu adalah kerana, apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, "Aku pun mahu bahagia seperti dia." Jadi, apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari dan mengumpul segala faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu.
Jadi, gembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita.Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan geram melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita kearah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi.


LANGKAH 6 : BELAJAR MENGENALI BILA ORANG TAK MAHU

Ramai yang membuat kesilapan ini. Mereka berkenalan dan bercinta tanpa membuat persediaan dengan mengenali waktu pasangan anda sudah meluat dengan anda.
Malah, anda masih ingat dia menyintai anda walaupun dia sudah jemu dengan perhubungan anda itu. Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, terus lupakan dia. Janganlah tunggu berhari-hari, menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. Sebenarnya, hanya 2 Hari tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia tidak berminat dengan anda. Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada.


LANGKAH 7 : SEMANGAT UNTUK BERNIKAH!

Ini adalah langkah yang paling penting. Semangat yang ada dalam diri ramai orang adalah semangat untuk bercinta, tetapi tidak ramai orang yang mempunyai semangat untuk hidup bersama-sama FOREVER!BERNIKAH! KAHWIN!
Kesilapan yang dilakukan selalunya, niat di hati yang tidak berapa tepat. Contohnya, niat untuk berkawan dulu, "kita bercinta dulu, seehow it goes, ada duit banyak kita kahwin." ITU YANG SILAPNYA! Apabila sudah suka sama suka, niat dan hajat anda itu mesti betul,barulah perhubungan anda juga akan menjadi betul. tika, kalau you nak tahu, I ajak my wife kahwin setelah seminggu berkenalan. Kemudian, perhubungan kami hanya menjurus ke arah mencari jalan untuk bernikah. Jadi, Alhamdulillah. Allah memberkati niat kami, semangat kami untuk bernikah!