CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Hit Me More!!

ma slide show;)

Rabu, 19 Mac 2008

Beza Mentega dan Majerin...




kalau boleh sebarkan kepada pesakit jantung dan barah...;) saya pun terkejut bila baca artikel ni..
tak sangka sangat2 selama ni Tika tertipu;) hehehehe
apa2 pun yang baik kita ambil, dan yang buruk kita buang dan elakkan.... aminnnn

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apab ila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin denganpelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbandingmemakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sang at tinggi kandungan asidlemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tigakali ganda.

Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterolberbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulinsemula jadi badan.Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANGSANGAT MENARIK!Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK . Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumurhidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermaknahidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:Be ila h satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempatteduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (iasepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-n ila inutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya.

Hatta satu mikroorganismajuga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Fikir-fikirkanlah....;)

Selasa, 18 Mac 2008

Wanita Jelita. Bijak.


Ni daripada berita yang saya ambil dalam akhbar Harian Metro (19 Mac 2008)..

Apa Komen ANDA???


Sebelas pengarang dari 11 majalah utama dunia, termasuk United Kingdom, Jerman, Jepun, Sweden dan Australia, mengadakan undian antarabangsa bagi memilih 10 puteri tercantik.

Paling sempurnaPuteri Mahkota Mary (Denmark).


HANYA selepas tiga tahun berkahwin dengan bakal pewaris takhta Denmark, puteri yang diberi nama Mary Donaldson mampu memartabatkan dirinya sebagai puteri paling sempurna di dunia.Walaupun terikat dengan protokol dan disiplin diplomasi — sesuai dengan kedudukannya sebagai bakal ratu — puteri kelahiran Tasmania, Australia ini masih mengekalkan sifat merendah diri.


Mary, 36, juga tidak melupakan asal-usulnya dan berpijak di bumi nyata.Secara peribadi, Mary berjaya merealisasikan harapan dipikul kepadanya selepas menjadi pilihan Putera Mahkota Frederik André Henrik Christian, 39, termasuk melahirkan zuriat bagi mewarisi takhta istana Denmark.Mary mengabdikan dirinya untuk ada di sisi Frederik dan menyesuaikan diri dengan kalangan istana.Sebagai ibu, Mary membesarkan sendiri anaknya, Christian, 2, dan Isabella, 10 bulan.


Sikap bersahaja dan penyayang Mary terhadap keluarga mengingatkan ramai orang kepada mendiang Puteri Diana.Ketika hubungan Mary — Frederik bergoncang akibat kehadiran orang ketiga, dia berjaya mengharunginya dengan tabah, malah memulihkan keadaan menjadi seperti sedia kala.Dalam kesibukan dengan tugas rasmi, Mary meluangkan masa untuk bergiat aktif dalam 21 pertubuhan kebajikan, termasuk Yayasan Mary yang dirasmikannya September tahun lalu.Matlamat utama yayasan itu ialah "menggalakkan toleransi dan kepelbagaian serta melindungi golongan terpinggir."


Mesra mediaPuteri Letizia (Sepanyol)


ISTERI Putera Mahkota Felipe ini sangat berkeyakinan ketika berdepan kamera media massa.Ia tidak menghairankan kerana sebelum berkahwin dengan Felipe, 40, Letizia Ortiz Rocasolano adalah wartawan yang pernah memenangi anugerah.Dia juga mengambil tahu perkembangan dunia melalui akhbar dan televisyen setiap hari.


Sebelum menjadi pasangan Felipe, Letizia, 35, pernah bersuamikan pensyarah, Alonso Guerrero pada 1999 tetapi hubungan itu berakhir setahun kemudian.Letizia bertemu Felipe dalam satu majlis makan malam pada 2003 dan mereka saling jatuh cinta. Hubungan itu membawa kepada perkahwinan pada Mei 2004.Kini pasangan terbabit tinggal di Istana Zarzuela di pinggir Madrid, bersama anak, Leonor, 2, dan Sofia, 10 bulan.


JelitaPuteri Madeleine (Sweden)


ANAK bongsu pasangan Raja Carl Gustaf, 61, dan Ratu Silvia, 64, ini memiliki kecantikan sejati.Justeru, tidak hairan apabila Len — nama gelaran kalangan kenalannya — dianggap sebagai anggota keluarga diraja tercantik di Eropah.Hobi Len, 25, adalah bermain ski dan menggubah permata.Ketika menuntut jurusan undang-undang di London, Len sering menjadi buruan paparazzi, menyebabkan dia kini lebih selesa duduk di rumah.Len kini menetap bersama teman lelakinya, Jonas Bergstrom dan Zorro, seekor anjing di Stockholm.


ModenPermaisuri Lalla Salma (Maghribi)


PUTERI ini dikenali sebagai Lala Bennani ketika lahir pada 10 Mei 1978 di Fez, Maghribi.Dia berusia 21 tahun dan bekerja sebagai jurutera komputer ketika menjadi perhatian Putera Mohammed (kini Raja Mohammed VI) dalam majlis keraian pada 1999. Tiga tahun kemudian, mereka mendirikan rumah tangga.Lalla, 29, menjadi perhatian apabila meninggalkan amalan tradisi keluarga diraja Maghribi.


Jika sebelum ini isteri raja negara itu tidak muncul di khalayak ramai, Lalla mengubahnya dengan drastik.Beberapa kali dia ke luar negara tanpa ditemani suaminya, selain puteri pertama Maghribi muncul dalam media. Lalla kini ibu kepada Moulay el-Hassan, 4, dan Lalla Khadija, 1.


PopularPuteri Maxima (Belanda)


PERINGKAT awal hubungannya dengan Putera Willem-Alexander, 40, Maxima menghadapi krisis — bukan daripada keluarga kekasihnya, tetapi Parlimen Belanda.Maxima adalah anak Jorge Zorregueta, 80, menteri yang berkhidmat dalam kerajaan diktator Jeneral Jorge Videla di Argentina pada 1970-an.


Lahir di Buenos Aires, istana Belanda dipertikaikan kerana menerima Maxima sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.Ibu Willem-Alexander, Ratu Beatrix, 70, kemudian muncul di televisyen mengumumkan pertunangan mereka, sambil menganggap Maxima sebagai 'wanita pintar dan moden'.Walaupun begitu, ketika Maxima dan Willem-Alexander berkahwin, Zorregueta dilarang hadir.


Kini, kontroversi itu tidak lagi menjadi isu di Belanda. Maxima, 36, disenangi penduduk negara itu dengan sifat bersahajanya.Pasangan ini mempunyai tiga anak: Catharina-Amalia, 4; Alexia, 2, dan Ariane, 10 bulan.Selain gemar menyanyi dan menari, Maxima pernah menganggotai panel penasihat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai pinjaman kredit kepada golongan miskin.


Bertuah Puteri Kiko (Jepun)


SEANDAINYA ada kisah mengenai perbezaan nasib dua puteri, tentu ia membabitkan Puteri Kiko dan Puteri Mahkota Masako.Dua wanita daripada golongan kebanyakan ini menjadi lambang wanita moden apabila mengahwini dua putera Maharaja Jepun (Kiko berkahwin dengan Putera Akishino pada 1990 manakala Masako dengan Putera Naruhito pada 1993).


Tatkala Masako tertekan dengan peraturan istana yang terlalu ketat serta kegagalan melahirkan anak lelaki bagi meneruskan kesinambungan takhta istana Jepun, Kiko menjadi menantu kesayangan Maharani Michiko, 73.Kiko mengelakkan krisis perlembagaan apabila melahirkan anak lelaki, yang pertama dalam keluarga diraja sejak 1965.Putera Hisahito, 17 bulan, yang mempunyai dua kakak, Puteri Mako, 16, dan Puteri Kako, 13, bakal menjadi maharaja akan datang.


VeteranPuteri Michael (Britain)


DIKENALI sebagai ‘Princess Pushy’, Marie-Christine von Rebnitz, 63, mendakwa mewarisi darah Catherine the Great, Marie Antoinette dan William the Conqueror.Bagaimanapun, ibunya terpaksa bekerja sebagai pendandan rambut untuk membiayai persekolahannya di Sydney.


Dia tiba di Eropah pada usia 22 tahun dan berkahwin dengan lelaki tua daripada kalangan bangsawan sebelum bercerai dan diperisterikan Putera Michael (sepupu Ratu Elizabeth).Kini dia adalah penulis terkenal dan pereka fesyen.


Serba boleh Charlotte Casiraghi (Monaco)


LAHIR sebagai Charlotte Marie Pomeline Casiraghi kerana ibunya, Puteri Caroline, 52, mahu dia membesar senormal mungkin.Bagaimanapun, maksud ‘normal’ itu sendiri secara relatif berbeza-beza, kerana ketika menyambut ulang tahun kelahiran kelimanya, Charlotte dihadiahkan sebuah pulau di luar pantai Sardinia di Laut Mediterranean.


Pada usia lapan tahun, dia mengenakan pakaian gaun jenama Chanel dan Karl Lagerfeld.Ketika belasan tahun, Charlotte menguasai tiga bahasa (Perancis, Itali dan Inggeris).Kini, Charlotte yang berusia 21 tahun gemar berkuda, ski dan berparti.


Daya pemikat Puteri Haya Al Hussein (Jordan)


DIA adalah anak Raja Hussein yang memerintah Jordan sebelum ini.Mendapat pendidikan di Universiti Oxford, Haya, 33, adalah wanita Arab pertama menyertai pertandingan ekuestrian antarabangsa, selain mewakili Jordan dalam sukan Olimpik Sydney pada 2000.


Haya baru saja dilantik sebagai Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selain wanita pertama berkhidmat di bawah Program Bantuan Makanan Dunia.Pada 2004, Haya berkahwin dengan pemerintah Dubai, Mohammed Rashid al-Maktoum.


PatriotikPuteri Victoria (Sweden)


BELIAU memandang serius tugasnya sebagai bakal Ratu Sweden. Ketika berusia dua tahun, Sweden menggubal perlembagaan untuk membolehkan Victoria menaiki takhta. “Saya dilahirkan untuk membantu Sweden,” katanya.


Victoria, 30, mempelajari ilmu politik di Universiti Yale, Amerika Syarikat, bertugas dengan PBB dan mendapat latihan ketenteraan Sweden.Tujuh tahun lalu Victoria mengalami tekanan sehingga menyebabkan dia berdepan masalah kesihatan.Teman lelakinya, Daniel Westling, 34, masih belum diterima oleh keluarga menyebabkan dia tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis istana.

Sabtu, 15 Mac 2008

Rahsia Kasih Sayang Bulan Kelahiran Anda...

Cuba anda baca dan nilai sama ada anda sama atau tidak seperti yang dinyatakan di bawah:

januari

Mudah jatuh cinta
Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati
Pandai mengambil hati pasangannya
Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

Sukar untuk jatuh cinta
Amat hormat kepada pasangan
Amat suka memikat pasangan
Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
Amat menjaga penampilan diri danpasangannya

Mac

Mudah menawan hati pasangannya.
Sentiasa ingin didampingi olehpasangannya.
Sangat pemalu dalam meluahkan isihati.
Sangat baik dalam menjagaperhubungan.
Amat sukar melupakan pasangan yangdicintai.
Perasaan cemburu yang minima.
Sangat manja dan sering ingindimanjai pasangannya.
Mudah memilih pasangan ta npaberfikir dengan waras.
Sentiasa mengharapkan keistimewaandari pasangan.

April

Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
Sukar dan malu dalam meluahkan isihati.
Sentiasa ingin diberi perhatian.
Amat cemburu dalam perhubungan.
Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
Sentiasa menjaga hati pasangan danpandai memujuk.
Romantik dan terlalu romantik.
Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei

Amat mudah jatuh cinta.
Baik dan jujur dalam perhubungan.
Pandai menarik hati pasangan.
Perasaan cinta yang mendalam
Mudah untuk di pujuk.
Mudah menerima cinta seseorang.
Pilihan yang tepat dalam berpasangan..
Nekad untuk menjaga hubungan yangbaik.
Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
Suka mengangankan sesuatu yang indahbersama pasangan.
Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun

Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
Cerewet dalam hubungan.
Selalu beremosi.
Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai

Amat suka didampingi pasangan.
Sukar dimengerti oleh pasangan.
Sentiasa menjaga maruah diri,pasangan dan perhubungan.
Amat mudah dipujuk dan berterusterang.
Amat menghargai kesetiaan pasangan.
Mengambil berat dan mengasihipasangan
Berkebolehan untuk meluahkan isihati terhadap individu yang dicintai.
Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
Suka merajuk dan dipujuk.
Setia terhadap pasangan.
Su ka mendengar dan tidak sukamembantah.
Cemburu terhadap pasangan.

Suka menilai dan menjaga perhubungan.


Ogos

Pandai memujuk pasangan
Suka memimpin pasangan.
Romantik, Pengasih dan Penyayang.
Kelam kabut dalam perhubungan.
Sangat sensitif
Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September

Bersopan dalam hubungan
bertolak ansur terhadap pasangan.
Suka mengkritik pasangan
Sangat prihatin terhadap pasangan.
Sangat sensitif dan emosi.
Pandai memahami pasangan
Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
Pandai menyimpan perasaan.
Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober

Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
Sopan terhadap pasangan.
Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
Emosi yang mudah terusi
Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
Cemburu dan terlalu cemburu
Romantik
Memahami pasangan

November

Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
Agak degil dan kuat pendirian
Mudah ambil berat terhadap pasangan
Emosi yang mendalam
Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember

Pemurah terhadap perhubungan
Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
Tergesa-gesa dalam perhubungan
Suka didampingi oleh pasangan.
Benci bila dikongkong.
Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (Utk Lelaki)
Suka mempengaruhi pasangan


Khamis, 13 Mac 2008

Sajak juga;)















Sajak-sajak yang saya masukkan dalam blog ni semuanya dihasilkan ketika saya mengambil subjek Dr.Lim Swee Tin (Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif)....;>


HIDUP ADALAH PERJUANGAN

Hidup adalah perjuangan,
Sesekali menampar dengan ramah dan manis,
Kadangkala bengis dan gemuruh.

Kemenangan hari ini,
Bukanlah bererti kemenangan untuk hari esok,
Kegagalan hari ini,
Bukanlah bererti kegagalan pada esok hari.

Hidup adalah perjuangan tanpa henti,
Usah meratapi hari kelmarin,
Kerana tiada yang jatuh dari langit,
Semuakan terjadi atas usaha dan doa diri.

Bukalah lebar pelukan mentari,
Robeklah perut bumi ini,
Biar terungkai kebenaran,
Jangan takut dan jangan layu,
Berdirilah pada yang satu,
Kerana hidup adalah perjuangan tanpa henti.

Sekali lagi Sajak Hasil Nukilan Ku.


SEBUAH CATATAN UNTUK ADIK

Dik,

Kita membesar bersama,
Tawa riangmu, tawa riangku jua,
Sakit perihmu, sakit perihku jua.

Tapi mengapa Tuhan mengujimu,
Tidak aku?

Jelas di mataku,
Kau bertarung dengan nyawamu dik,
Sehingga kini tidurku tidak diulit lena,
Sehingga kini aku tenggelam lemas dalam bayanganmu.

Namun aku harus pasrah dik,
Biarlah ukhwah yang terbina,
Antara kita seperti tasbih,
Ada awal tiada penghujungnya,
Dicipta untuk mengingati-Nya,
Dibahagi untuk cinta-Nya,
Diratib demi redha-Nya.

Rabu, 12 Mac 2008

Fakta-Fakta.


Fakta-fakta di bawah ini saya ambil dan kumpul hasil daripada pembacaan surat khabar dan majalah-majalah.. ehm.. selain tu ada juga yang diambil daripada internet.
Untuk memastikan ketulenannya, fakta-fakta ini telah ditapis dan menjalani proses penyulingan yang mantap:) hehehehe...

1. Bila ikan jerung menggigit, matanya akan bertukar menjadi hitam dan giginya akan terkeluar.

2. Jantung Manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki dan Manusia yang tertekan pula boleh menggunakan kaki untuk bagi sepam dua.

3. Lidah sesumpah 2 x lebih panjang dari badannya dan manusia selalu menyumpah menggunakan lidahnya, cuba elakkan.

4. Sebarang cecair di angkasa akan berbentuk bulat akibat tekanan gravity. Cuba tanya Dr SMS betul ke tidak..

5. Sukan Olimpik pertama mula diperkenalkan pada tahun 1896 di Athens.

6. Lebah Madu ada mempunyai bulu kening di matanya dan jika nak lebam bijik mata cubalah bagi ‘madu’ pada isteri anda.

7. Adalah menyalahi undang-undang memelihara binatang di Iceland.

8. Tasik terbesar di garisan Khatulistiwa ialah Tasik Victoria.

9. Khalifah Islam yang pertama ialah Syaidina Abu Bakar As-sidiq, yang ni tak tahu parah la..

10. Pinocchio adalah hasil karya Carlo Collodi.

11. Indonesia adalah negara terbesar di Asia Tenggara.

12. Malaysia berada di tangga ke 165 carta bolasepak dunia..agak banyak jugak.

Bagaimana??

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA...

Sedikit tips untuk dikongsi bersama terutamanya untuk yang sudah berumahtangga. Pasti antara sesiapa pernah mengalami krisis kewangan dalam melayari bahtera perkahwinan, chewah macam buku alam rumahtangga la pulak ye..
Mari kita kongsi sebagai panduan dan ilmu untuk kebaikan bersama. Bagi yang belum berkahwin tu cepatlah kahwin kerana banyak kelebihan orang yang dah berkahwin ni.
Yang lelaki bila berkahwin ni kelebihannya dia akan menjadi LEBIH gatal..hehehe gurau je.;)

tips 1 - Senaraikan Perbelanjaan Mengikut Pendapatan.

Kebanyakkan antara kita sudah melakukan perkara ini. Memang ianya berkesan dalam merancang kewangan. Pastikan anda sudah menyenaraikan setiap belanja yang perlu setelah menerima pendapatan atau gaji setiap bulan.
Berdisiplin dalam membelanjakan wang tersebut mengikut apa yang telah dirancang, seperti perbelanjaan barangan dapur, barang bayi, sewa rumah dan sebagainya(bagi yang sudah berumahtangga atau yang ada ambil anak angkat).
Dengan cara ini kita akan ketahui tahap kemampuan kewangan kita dan tidak akan berbelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya. Ada lebih tu menyimpanlah dan seeloknya bagi derma ikhlas..

Tips 2 - Gabungkan Pendapatan.

Bila sudah serumah tu, bagi yang dah berumahtangga la, yang bercouple jangan tiru tips ni, seeloknya pendapatan suami dan isteri digabungkan sekali. Dengan ini dapatlah saling bantu membantu antara suami isteri.
Walaupun nafkah isteri di bawah suami, tapi jika isteri ingin membantu suami meringankan beban keluarga itulah sebaiknya. Tidaklah suami je sakit kepala fikirkan belanja-belanja yang nak ditempuhi, makin hilang rambut di kepala suami tu nanti.
Tapi jika isteri tak mahu berkongsi suami tak boleh paksa ye kerana sudah tanggungjawab suami memberi nafkah keluarga. tak mahu kongsi-kongsi kahwin je lagi satu..hehehe, lagi la serabut kepala tu nanti.

tips 3 - Selalu Berbincang dan Rekod

Bagi mengukuhkan lagi perancangan kewangan, seeloknya hendaklah selalu berbincang mengenai ekonomi keluarga. Setiap yang dibincangkan hendaklah dicatat di atas kertas supaya mudah untuk mengetahui permasalahan dan cuba selesaikan bersama.
Catatkan semua apa yang perlu dibelanjakan, tiada lagi rahsia hutang kad kredit, secret study loan dan sebagainya dan dibuat secara telus antara pasangan. Jika suami isteri sudah bersetuju berkongsi pendapatan jadi mereka juga sudah bersetuju berkongsi segala masalah dan impian kewangan bersama.

tip 4 - Jalan-Jalan Bersama.

Yang ni betul ke tidak tak tahulah. Jalan-jalan di sini boleh ditafsir sebagai jalan-jalan sekitar perumahan, taman-taman rekreasi ataupun melancong. Mengapa saya kata jalan-jalan penting dalam merancang kewangan keluarga?
Kerana dalam membuat keputusan perbelanjaan-pendapatan keluarga biasanya boleh menimbulkan suasana tegang, jadi apalah salahnya bawa pasangan anda jalan-jalan sambil berbincang masalah kewangan keluarga.
Suasana memberi pengaruh kepada keputusan dan ia juga boleh menambahkan hubungan akrab anda bersama, cubalah ajak suami pergi jalan-jalan di Taman rekreasi dan masa tu try minta nak gelang emas, pasti dapat..

Sekian dulu tips dari saya ni. kalau betul bolehlah jadi panduan, kalau salah tu maafkan saya ya, sekadar menulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Terima kasih.;>



Isnin, 10 Mac 2008

Sajak Hasil Nukilan Ku.

“KENANGAN KETIKA ITU”
Menyingkap sebuah cerita,
Cerita tentang kenangan,
Ketika itu ku masih tidak mengerti,
Tidak mengerti apa itu kematian,
Menari-nari di benak fikiranku,
Turun naik nafasmu,Saat kalimah yang satu itu dilafazkan.
Ku tahu kau ingin mengakhiri,
Sebuah kisah tentang kehidupanmu,
Hidup yang penuh liku,onak dan cubaan,
Permintaanmu jagalah diriku.
Katamu jadilah orang kecil,
Di mata Tuhan,
Menangislah wahai anak di masa hidupmu,
Tapi jangan kau menangis dalam kuburmu.
Kini hanya tinggal pusara,
Yang aku miliki,
Pusaramu oh mama,
Biarpun dipisahkan antara dua alam,
Ku percaya nanti suatu masa,
Kita pastikan bersatu semula.

Tugasan Pilihan

MENGAPA AKHBAR PERLU DIEDIT???

Akhbar melaporkan secara terperinci daripada peristiwa terbesar sehinggalah yang sekecil-kecilnya dari segenap pelusuk dunia. Akhbar wujud sebagai ejen pemberitahu dan mempengaruhi masyarakat, mencari dan mencuba untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sejarah sebagai perbandingan kepada kehidupan seharian.

Untuk melakukannya adalah satu tugas yang mencabar dari segi teknikal dan akal dalam mengharungi tekanan di dalam masyarakat yang sentiasa mengalami perubahan. Akhbar mewakili anggota masyarakat, rakyat, negara dan bangsa. Boleh dikatakan akhbar adalah sebahagian daripada masyarakat dan negara. Bagi kebanyakan majoriti negara dan penduduk di dunia, masyarakat masih lagi dianggap sebagai satu bentuk medium penyampaian berita yang utama.

Sejarah penerbitan akhbar di Malaysia bermula apabila akhbar-akhbar luar yang dibawa masuk ke Tanah Melayu kurang menarik dan tertumpu kepada laporan yang memenuhi kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja.

Bagaimanakah akhbar tercipta dan bilakah ia tercipta? Orang Roman merupakan mereka yang terawal menyedari akan nilai dan kepentingan untuk mencatatkan peristiwa atau perkara serta acara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka seperti perkahwinan, kematian, dan sebagainya dan menyebarkan perkara-perkara tersebut di kawasan-kawasan awam.

Walau bagaimanapun, pada waktu itu ia masih lagi dalam bentuk tulisan tangan. Di Eropah, percetakan akhbar bermula pada akhir abad ke-15. Edisi awal akhbar lebih menjurus kepada politik dan pengkritikan secara aman dan kerap kali diharamkan serta disekat penerbitannya oleh kerajaan.

Melahirkan masyarakat yang berilmu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila kita menjadikan akhbar sebagai medium. Maka tidak hairanlah jika akhbar perlu diedit sebelum diterbitkan kepada pembaca. Kenapa dan mengapa akhbar perlu diedit merupakan satu pengdefinisian yang luas.


Seperti yang kita sedia maklum, media massa mempunyai empat fungsi dan peranan utama iaitu sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur.
Peranan media massa sebagai pemerhati bolehlah dihuraikan sebagai “media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita”. Dari pemerhatian tersebut, media massa terutamanya media cetak seperti akhbar akan melaporkan kepada khalayak umum.


Bagaimanapun tidak semua peristiwa yang berlaku akan dilaporkan oleh media massa. Media massa akan memilih peristiwa yang dianggap relevan dan signifikan sahaja untuk dilaporkan kepada umum. Oleh itu, proses penyuntingan atau pengeditan perlu sebelum sesuatu maklumat disampaikan melalui media seperti akhbar mahupun televisyen.

Selain peristiwa yang relevan serta signifikan sahaja dilaporkan, media massa seperti akhbar perlu diedit bagi mengelakkan bias terhadap isu perkauman kerana di negara kita wujud masyarakat yang pelbagai kaum. Malah isu jantina juga merupakan perkara yang sensitif jika akhbar mengeluarkan berita tanpa diedit. Selain daripada itu, kenapa akhbar perlu diedit adalah kerana untuk memastikan bahawa tiada wartawan yang akan melanggar etika kewartawanan dalam menyampaikan sesuatu maklumat (berita) itu sehingga boleh menjatuhkan dan mengaibkan seseorang.

Dalam organisasi media itu sendiri wujud rangkaian penyuntingan dan pentafsiran yang dipanggil sebagai ‘gatekeepers’. ‘Gatekeepers’ ini adalah terdiri daripada pemberita, ketua meja berita, ketua pemberita, ketua penyunting berita, penolong penyunting berita, penolong ketua pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan syarikat media massa dan kadangkala juga pembaca pruf. Rangkaian penyuntingan atau pengeditan dan pentafsiran inilah yang menentukan laporan kejadian manakah yang akan menjadi Berita Utama, Berita Kaki, Berita Sendal, Rencana Pilihan, Komentar dan sebagainya.

Akhbar perlu diedit, ini adalah untuk menentukan adanya pertalian di antara agenda media dan agenda publik (umum). Oleh itu, isu yang dibangkitkan perlu mempunyai persamaan dengan isu yang dibincangkan oleh ahli masyarakat biasa. Ini kerana media seperti akhbar boleh mempengaruhi masyarakat sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain.

Masyarakat akan lebih tahu tentang perkara yang diberi perhatian oleh media dan kurang mendapat maklumat tentang perkara yang tidak diberi perhatian oleh media (akhbar). Sebagai contoh, ketika isu gula yang berlaku. Pihak media cuba mengurangkan isu gula ini dengan memberi perhatian lebih isu tentang perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Perkara ini semua hanya akan berlaku jika pengeditan atau penyuntingan dijalankan, kerana wartawan tidak boleh mengeluarkan berita yang tidak melalui ‘gatekeepers’. Oleh itu, dapat disimpulkan juga bahawa akhbar perlu diedit supaya dapat menentukan fakta yang boleh dipercayai oleh masyarakat, menentukan penyelesaian terhadap sesuatu masalah, menentukan tumpuan perhatian terhadap sesuatu isu dan menentukan apa yang patut diketahui oleh masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh ‘gatekeepers’ adalah sangat penting dalam mengedit sesuatu akhbar itu. Melalui peranan-peranan ‘gatekeepers’ inilah akhbar akan diedit sebelum diterbitkan. Oleh itu secara tidak langsung, pihak media perlu menjadi pengantara dalam menjaga sensitiviti rakyat dengan kerajaan agar pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar (tidak mencetuskan persengketaan).

Pengeditan akhbar ini sangat penting kerana pihak akhbar atau media tidak boleh mengeluarkan berita yang bertentangan dengan pemerintah dan hendaklah mendukung segala dasar-dasar kerajaan serta memainkan peranan dalam memberikan pembangunan yang positif terhadap dasar kerajaan.

Walaupun wartawan atau akhbar diberi kebebasan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta menyalurkannya, namun pemerintah mempunyai kuasa untuk campurtangan pada bila-bila masa sahaja dan mengarahkan penapisan berita. Malah boleh memberhentikan berita ataupun menarik balik lesen operasi serta mengarahkan untuk ditutup jika maklumat yang disalurkan kepada umum memberi impak yang negatif dalam perhubungan pemerintah dengan rakyat. Maka itulah, akhbar perlu diedit supaya maklumat-maklumat yang disampaikan menepati ciri-ciri yang dikehendaki daripada aspek pembangunan negara, masyarakat dan kepentingan ekonomi.

‘Housestyle’ pula adalah merupakan corak penulisan sesuatu agensi. Akhbar juga perlu diedit supaya isi bahasa persembahan masih dalam piawaian yang ditetapkan dan teknikal-teknikal sentiasa berdasarkan ‘huosestyle’ masing-masing. Setiap agensi akhbar mempunyai ‘housestyle’ yang berlainan. Dengan itu, setiap pihak akhbar akan memastikan berita yang dikeluarkan adalah mengikut ‘housestyle’ masing-masing. Manakala ciri utama perlu diletakkan sebagai pendahuluan. Pengeditan juga perlu untuk memastikan berita yang dikeluarkan mengikut ‘guidelines’ dan ‘style’.

Rabu, 5 Mac 2008

MULTIMEDIA

Apa itu Multimedia (MM)???
Penggunaan pelbagai media untuk bertukar atau berkongsi konsep dan idea.

Multimedia berasal daripada perkataan Latin:
iaitu MULTI= "multus" many, various, numerous
MEDIA= plural of "medium"- middle/center/ intermediaries

selain itu ia merupakan kombinasi elemen multimedia: Teks, grafik, audio, video dan animasi bersama dengan hubungan dan alat yang membolehkan pengguna bernavigasi, mencipta dan berkomunikasi.

Hofstetter – komputer digunakan untuk menggabung dan mempersembahkan teks, grafik,audio,video dan animasi bersama dengan hubungan dan alat yang membolehkan pengguna bernavigasi, mencipta dan berkomunikasi.

Komputer adalah untuk berkoordinasi dengan apa yang dilihat, didengar dan berinteraksi dengannya
Hubungan/jalinan (link) adalah yang dapat menghubungkan maklumat
Alat navigasi yang membolehkan kita melayari web yang ada kaitan dengan maklumat yang dikehendaki
Cara (ways) untuk mendapat, memproses dan berkomunikasi dengan idea dan maklumat sedia ada.


Kepentingan MM
~Computer Technology Research (CTR) Corporation~
80 =Penglihatan, Pendengaran dan Penglibatan diri
50 =Penglihatan dan Pendengaran
30 =Pendengaran
20 =Penglihatan
(%) DERIA

carian – keywords, indexes  links
Jimat kos, Jimat masa, Menarik, Efektif

Penggunaan Multimedia

-Pendidikan
-Hiburan
-Belian atas Talian
-Pengiklanan dan perniagaan
-Penerbitan elektronik
-Politik dan Kerajaan
-Perubatan


Pendekatan Pembangunan MM
-pendekatan utama untuk membangunkan perisian komputer/MM
-Pengaturcaraan
-Bahasa pengarangan
-Mengaturcara/menggubah perisian-
-Memberi siri arahan kpd komputer dlm bahasa yang difahaminya
Cth: arahan mencetak, arahan persembahan

Bahasa Pengaturcaraan
-Memerlukan pengetahuan dalam mengaturcara secara mendalam
-Banyak jenis – konvensional, berorientasikan objek, pengaturcaraan visual
-Paras tinggi - prolog, ada, c, vb, java, c++ dll
-Paras rendah – bahasa penghimpun (assembly lang.), bahasa mesin (machine language)

Bahasa Pengaturcaraan
-Aplikasi dikodkan spt perisian(software)
-Perlu lebih banyak masa
-Kod-kod tidak boleh digunakan semula (tradisional…)
-Perlu kemahiran pengaturcaraan yang tinggi

Bahasa Pengarangan (Authoring language)
Menyediakan menu, ikon dan grafical user interface (GUI) pada skrin
Pengguna hanya perlu memasukan elemen seperti teks, grafik dsb..
Semua aturcara, logik, arahan dikendalikan oleh komputer – memudahka pengguna
Semua bahasa pengarangan mempunyai kebolehan untuk membina hyperlink
Hyperlink – kaitan atau hubungan antara dua atau lebih elemen
Cth: “hotword”, “hotspot”…
Untuk aplikasi yang lebih kompleks, bahasa pengarangan memerlukan bahasa pengaturcaraannya sendiri.
-Kelajuan Pengarangan tinggi
-Prototaip cepat
-Masa pembanguna Projek Pendek

Bahasa Pengaturcaraan vs Bahasa Pengarangan
Utk pilih kaedah pengarangan:
Kemahiran pembangun aplikasi
Keperluan aplikasi
Keperluan penghantaran (delivery) projek

Asal Usul IKAN DUYUNG...











Menurut lagenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes.

Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.
Putri duyung juga dikenal sebagai karakter dalam dongeng
The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Ni serba sedikit artikel yang dijumpai mengenai ikan duyung... mesti semua tertanya kenapa saya post tentang ikan duyung.. ehmm.. sebab 6 Mac ni movie cerita DUYUNG mula ditayangkan di pawagam;)

sebelum ni juga saya ada baca satu artikel di surat khabar Berita Harian tentang pencarian dunia Ikan Duyung..artikelnya seperti yang boleh anda baca di bawah:

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas. Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.

Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan. Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu:

"Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..." Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
"Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu. Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng. Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan.

Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia. Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan.

Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu. Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan.

Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.

Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu. Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.

Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui. Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.

Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia? Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan. Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'.

Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya. Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19. Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar.

Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui. Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh.

Sumber: www.wikipedia.com, www.unexplained-mysteries.com.

Tips Untuk Berjaya

Artikel ini mungkin boleh membantu menyedarkan lebih ramai orang bahawa setiap seorang daripada mereka termasuk Anda juga, sebenarnya mempunyai hak untuk berjaya. Kita sentiasa diberi pilihan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita mahukan.

Konsepnya, sepatutnya lebih ramai orang cuba menghargai kehidupan dan berhenti menyalahkan takdir. Mengapa? Kerana takdir itu sebenarnya tidak pernah salah, tetapi Anda yang melihat takdir dari sudut pandangan yang salah lalu mengatakannya salah.
Sedar atau tidak, Anda tidak menjaga peluang yang diberikan dengan baik. Saya faham, mungkin anda sering berkata begini dalam hati:


“Oh, saya ada peluang? Betulkah? Ahh. Mengarut! Hidup saya sekarang penuh dengan kegagalan. Hidup saya ni penuh dengan penyesalan!. Saya tidak akan mampu berjaya seperti kebanyakan orang yang lain. Saya selalu saja gagal. Kenapa ini berlaku pada saya seorang? Nampaknya sudah takdir begitu. Inilah hidup saya”
“Saya dah cuba banyak kali. Tapi masih tiada hasil. Saya sudah buat yang terbaik, tetapi masih tak mencapai target yang saya mahu. Saya dah penat, cukuplah sampai di sini saja! Cukup menyusahkan. Kalau saya tahu begini jadinya, saya tak nak cuba dari awal lagi.”
“Saya dah baca banyak artikel motivasi dan saya juga dah dengar banyak dengar ceramah-ceramah. Tapi saya masih di takuk yang sama! Semuanya tak berkesan langsung. Menghabiskan masa, tenaga dan duit saya saja”


Pernahkah Anda bertanya bagaimana ia terjadi sebegitu?
Sebab anda membiarkan emosi anda menguasai fikiran Anda. Anda terus memikirkan kegagalan setiap masa dan fikiran anda dipenuhi oleh kegagalan! Anda membiarkan apa yang tidak sepatutnya berlaku menjadi realiti tanpa anda sedari.


Jika Anda telah mencuba tetapi masih gagal, syabas! Anda mungkin telah tersalah jalan. Tiada kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan. Anda cuma menemui jalan yang salah. Belum gagal, hanya perlu ubah strategi dan usaha lagi sehingga anda mencapai apa yang dimahukan.

Kegagalan bukan suatu perkara yang negatif. Ia sebenarnya relatif dan boleh diubah. Ibarat sebuah rumah yang anda boleh keluar masuk darinya. Maksudnya, Anda mempunyai pilihan. Buat keputusan sama ada masuk ke dalamnya dan terus menetap di sana. Pilihan lain, masuk dan keluar semula tanpa perlu menetap lama-lama.

Kegagalan menjadi satu perkara yang positif jika Anda menganggapnya positif, bersangka baik, mengubah strategi dan terus mencuba. Ia jadi negatif bila anda berputus asa dan berhenti dari berusaha lagi.

Realitinya, saya mahu anda faham, bahawa Anda tidak pernah gagal. Sebaliknya anda Cuma dah ambil keputusan untuk berputus asa bila berjumpa cara yang salah. Anda Cuma tak nak buat lagi bila apa yang anda mahukan tak menjadi.

You never fail, you just have given up!
Rasanya, adakah dengan berputus asa, satu langkah yang bijak bagi Anda?
Tahukah anda di dalam filem The Pursuit of Hapiness, watak utama pernah tidur di tepi tandas! Pernahkah anda lalui semua itu?


Tahukah anda Mat Jenin tidak salah kerana berkahayal. Tetapi yang salahnya apabila berkhayal, dan tidak meletakkan khayalannya kepada sesuatu yang bermakna dan nyata.
Berkhayal dengan tanpa tujuan, ibarat berangan-angan kosong. Akhirnya, esok pagi, anda lupa angan-angan anda. Tapi kalau anda cuba aplikasikan angan-angan itu, anda boleh mencetuskan macam-macam idea yang bakal membawa anda kepada kejayaan.


Bagaimana?Pertamanya, mempercayai, bahawa kejayaan adalah hak milik semua. Termasuk ANDA!
Sebelum anda belum bermula, latih diri Anda untuk berdialog dengan diri sendiri dan cuba kurangkan fikiran-fikiran negatif seperti :


- Merasakan diri tidak guna. ‘ Aku tak guna. Aku menyusahkan orang. Hidup aku tiada maknanya. Lebih baik aku tidak ada di dunia ini!’
- Mempercayai orang lain memandang rendah anda. Jangan! Itu tidak perlu. Yakinkan diri anda bahawa, mereka sebenarnya cuma cemburu dengan kejayaan demi kejayaan, yang anda kecapi. Terutamanya bila anda mula berkata positif kepada diri anda! Mereka takut! Takut apa? Takut anda akan mengatasi mereka. Anggap mereka sengaja mencabar anda.
- Anda mudah dipengaruhi oleh orang lain. Anda lebih senang berpandukan keputusan orang lain. Anda takut nak buat keputusan sendiri. Takut salah dan gagal. Jangan! Kegagalan jika di ambil sebagai suatu yang postif, mampu mengubahanda.
- Anda mudah marah dan kecewa apabila diberi teguran. Ego anda tercabar dengan teguran tu. Jika anda dalam keadaan begini, ia bukan membina tetapi menghancurkan satu persatu semagat juang dalam diri Anda. Selain itu, menebalkan lagi sempadan diri anda.


Awasi juga dialog-dialog diri anda yang lain. Pelbagai aura negatif, buruk dan berkarat mungkin bersarang dalam minda anda tanpa Anda sedari. Anda mungkin kata, “sudah beginilah kehidupan aku berlangsung.
Takdir telah tercatit seperti itu..” Itu fikiran negatif! Tapi pernah tak anda terfikir bahawa, takdir boleh diubah?

Destiny Can Be Changed If You Are The One Who Wanna Change It .
ALLAH SWT Maha Adil. Hasil usaha anda yang kuat, akan dibalas sesuatu yang berharga. Semakin kuat anda berusaha, semakin hampir anda dengan kejayaan.
Tapi dengan syarat, jika anda melakukannya dengan betul dan jelas. Jika anda tak tahu caranya yang betul, bertanya atau kaji sendiri melalui pemerhatian atau pembacaan.


Saya berikan anda contoh yang mudah. Cuba bayangkan anda memanjat pokok. Bagaimana cara yang anda tahu? Tanpa usul periksa, takkanlah nak lompat terus ke dahan pertama kan? Silap hari bulan, terjatuh ke bawah dan patah kaki!
Oleh itu, anda haruslah panjat dari bawah. Fikir dulu dan rancang strategi.


Kemudian, mulakan langkah, sedikit-sedikit dengan cara yang betul. Jika perlu pakai tali pinggang keselamatan. Pakailah. :p
Siapkan diri anda, letakkan dalam keadaan berjaga-jaga supaya jika anda jatuh pokok, tak teruk sangat sakitnya! Mungkin dengan letak tilam yang ada spring kat bawah pokok boleh membantu.


Adakah Itu sesuatu yang lucu? Kata orang. Ouh tidak! Itu tidak lucu.
Malahan itu unik. Anda cuma memastikan diri anda mendapat perlindungan sewajarnya. Mereka tidak akan bantu anda, anda kena bantu diri sendiri. Mengapa pula, sebab kalau Anda jatuh, rasanya apa yang akan mereka buat? Jangan terkejut, kerana pertama sekali mereka akan ketawakan Anda!


Yakinlah bahawa, untuk mencapai kejayaan, anda memerlukan teknik yang betul dan benar-benar mendatangkan hasil. Anda perlu pelajari dan kuasai teknik yang tepat, bekerja dengan smart; dan anda yakini diri bahawa kejayaan adalah hak anda! Selepas itu…

Success Is Truly Will Be Yours.
Bagaimana untuk bermula? Cadangan saya, praktikkan dulu berdialog dengan diri sendiri. Bayangkan anda sedang berkata terus dengan diri anda bagaikan mengadap sebuah cermin. Lihat diri ada sepenuhnya. Ceria atau tidak? Bersemangat atau tidak?


Setiap hari, ucapkan kata-kata positif dan bersemangat pada diri anda sendiri. Kalau bukan anda yang buat, takkan ada sesiapa yang lakuannya untuk anda. Bahkan mereka tidak akan sesekali mahu melakukannya untuk Anda.
Ambil tanggungajawab pada diri sendiri, hargai kehidupan anda, kawal pemikiran anda, jangan takut pada kegagalan. Terima hakikat, kegagalan akan timbul dalam proses anda mahu berubah untuk mencapai kejayaan.


Kegagalan akan membuatkan anda tahu perkara yang selama ini anda tak tahu. Kegagalan akan mengajar diri anda bahawa apa yang anda lakukan tu sebenarnya salah dan bukan cara yang mendatangkan hasil. Oleh itu anda perlu berusaha lagi cari cara yang betul.

Tetapi yang manakah yang perlu anda mulakan dulu? Bermacam-macam cara anda boleh mulakan. Tapi cadangan saya : Kawal fikiran anda. Kawal minda anda. Baja ia dengan perkara-perkara baik dan sangkaan baik terhadap semua orang dan semua keadaan.

Anda mesti belajar menghargai diri. Anda mesti menghargai keunikan diri anda.
Anda tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tentang keunikan diri anda.
Setiap orang unik. Setiap orang istimewa. Anda, bagi saya ada keistimewaan tersendiri.
Ingat tu!





Rabu, 27 Februari 2008

CINTA

cinta???

perkataan ni memang selalu kita dengar tak kira mana-mana negara pun kita pergi, sekalipun hujung antartika...
sebelum ni aku tak berminat sangat bercakap atau berbincang tentang cinta, tapi satu hari aku termasuk ke blog pakcik pelakon terkenal Catriona Ross, nama dia Razzi Rahman (seorang selebriti juga pada satu masa dulu).
ehm.. sejak tu lah aku suka baca kisah-kisah cinta orang lain..;) macam-macam yang bro (razzi rahman) kupas.. yang paling 'best' nasihat dan pandangan dia tentang cinta..
kat sini aku bagi sedikit info yang bro dah email kat aku.. harap semua boleh bagi pandangan dan nilai sendiri;>
Berikut adalah 7 langkah persiapan untuk memiliki cinta yang sejati:-

LANGKAH 1 : KENALI TENTANG LELAKI/WANITA TERLEBIH DAHULU

Bolehkah kita mengandaikan perhubungan cinta itu ibarat sebuah peperangan??
Sudah tentu boleh... Contohnya, setiap negara yangberperang akan senantiasa menyelidiki pihak lawan terlebih dahulu untuk mengukur kekuatan masing-masing.
Sekiranya mereka terus menyerang tanpa mengetahui kelemahan pihak lawan, nescaya negara mereka akan kecundang dengan mudah.
Jadi, mengenali lelaki/wanita 'pihak lawan' terlebih dahulu...pastinya akan memberi kelebihan kepada anda untuk memilih dengan tepat. Dengan memahaminya lebih dari biasa juga, akan menambahkan kebahagiaan di masa hadapan. Malah anda juga dapat mengelak dari tersalah pilih pasangan hidup.Jangan jatuh cinta dulu, cubalah memerhati setiap gerak-geri dan tutur kata bakal pasangan hidup anda itu terlebih dahulu. Dari situ, anda akan dapat lebih mengenali diri si dia.

LANGKAH 2 : BERSIAP-SEDIA UNTUK GAGAL

Peliklah Sang pencinta ni, bersiap-sedia untuk gagal ni langkah persiapan untuk memiliki cinta ke? PELIK, TAPI BENAR! Itulah langkah seterusnya khas buat anda bersiap untuk memiliki cinta yang sejati.Sebenarnya, ianya adalah persiapan anda dari segi mental. Ketahanan mental amat penting demi untuk anda tabah menghadapi kekecewaan hidup. Ramai yang berkata, "Ahhh...aku tak kisahnya...aku rock!...Gua tak ada halnya..."
Tetapi hakikatnya, apabila ditinggalkan dan pasangan anda pula curang, anda terkecewa,terseksa, merintih dan berduka separuh mati!
Jadi, bersedia untuk gagal adalah salah satu cara untuk anda cekal dalam menghadapi perhubungan cinta dan menemui insan yang betul-betul serius ingin bercinta dengan anda, kerana...mereka yang tidak serius akan menganggap anda terlalu susah untuk dipermainkan kerana anda begitu teguh untuk dijinakkan,
TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang menarik.


LANGKAH 3 : MENAMPILKAN DIRI MENGIKUT CITARASA

Mungkin ianya berbunyi cukup mudah, tetapi sebenarnya ia agak susahya. Maksud menampilkan diri mengikut citarasa ialah, BUKAN citarasa pakaian anda, BUKAN citarasa ketrampilan diri anda tetapi, citarasa orang yang bagaimana anda ingin miliki.
Contoh : Sekiranya anda inginkan seorang lelaki yang segak dan tampan, berpendidikan tinggi, baik budi pekertinya dan sopan orangnya. Anda mestilah mengubah diri anda menjurus kepada keperibadian lelaki itu juga.
Dan ianya mestilah bermula dibelakang dia lagi, maksud saya kehidupan seharian anda mesti turut berubah! Anda boleh ingat yang anda boleh berlakon di depannya dengan berlagak baik dan sopan. Tetapi jika tutur anda masih kasar, rumah anda masih tidak kemas dan anda juga pengotor. Tentu saja keperibadian anda itu akan terikut-ikut dan terkeluar di kemudian hari apabila anda sudah selesa dengannya. Dan itulah salah satu sebab gagalnya sesebuah perhubungan.


LANGKAH 4 : BERBICARA DENGAN ILMU

Maksudnya, bukan berbual kosong! Segala apa yang disampaikan penuh makna, bukan sekadar berbicara. Pengetahuan am anda juga sangat baik dan anda banyak mengetahui berbagai-bagai berita semasa.Dengan cara banyak membaca, anda akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berilmu. Kalau tak suka membaca pun boleh jugak...banyakkan menonton!
Tetapi, janganlah banyak menonton dram aje. Tontonlah discovery channel, dokumentari, berita dunia dan sebagainya. Jadikan ia satu amalan wajib, agar anda menjadi seorang yang lebih berilmu.
Dengan cara ini, apabila anda bertemu dengan orang yang anda suka,atau berbual-bual di kalangan teman-teman, anda akan kelihatan lebih menonjol. Anda juga telah menampilkan diri anda sebagai seorang yang berbicara dengan ilmu. Secara semulajadinya, ramai orang akan mulai tertarik dengan keperibadian anda. Tutur kata anda, cara anda yang mempunyai daya penarik tersendiri. Dan anda pula akan lebih bersedia menghadapi satu perhubungan untuk masa depan yang lebih terjamin.


LANGKAH 5 : BE HAPPY FOR OTHERS

Tahu tak yang semua agama mempunyai satu suruhan yang sama di dalam satu quote ini,
"Be happy for others!" ...maksudnya, jadilah gembira melihat kebahagiaan orang lain. Ianya disuruh begitu adalah kerana, apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, "Aku pun mahu bahagia seperti dia." Jadi, apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari dan mengumpul segala faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu.
Jadi, gembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita.Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan geram melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita kearah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi.


LANGKAH 6 : BELAJAR MENGENALI BILA ORANG TAK MAHU

Ramai yang membuat kesilapan ini. Mereka berkenalan dan bercinta tanpa membuat persediaan dengan mengenali waktu pasangan anda sudah meluat dengan anda.
Malah, anda masih ingat dia menyintai anda walaupun dia sudah jemu dengan perhubungan anda itu. Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, terus lupakan dia. Janganlah tunggu berhari-hari, menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. Sebenarnya, hanya 2 Hari tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia tidak berminat dengan anda. Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada.


LANGKAH 7 : SEMANGAT UNTUK BERNIKAH!

Ini adalah langkah yang paling penting. Semangat yang ada dalam diri ramai orang adalah semangat untuk bercinta, tetapi tidak ramai orang yang mempunyai semangat untuk hidup bersama-sama FOREVER!BERNIKAH! KAHWIN!
Kesilapan yang dilakukan selalunya, niat di hati yang tidak berapa tepat. Contohnya, niat untuk berkawan dulu, "kita bercinta dulu, seehow it goes, ada duit banyak kita kahwin." ITU YANG SILAPNYA! Apabila sudah suka sama suka, niat dan hajat anda itu mesti betul,barulah perhubungan anda juga akan menjadi betul. tika, kalau you nak tahu, I ajak my wife kahwin setelah seminggu berkenalan. Kemudian, perhubungan kami hanya menjurus ke arah mencari jalan untuk bernikah. Jadi, Alhamdulillah. Allah memberkati niat kami, semangat kami untuk bernikah!