CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Hit Me More!!

ma slide show;)

Selasa, 18 Mac 2008

Wanita Jelita. Bijak.


Ni daripada berita yang saya ambil dalam akhbar Harian Metro (19 Mac 2008)..

Apa Komen ANDA???


Sebelas pengarang dari 11 majalah utama dunia, termasuk United Kingdom, Jerman, Jepun, Sweden dan Australia, mengadakan undian antarabangsa bagi memilih 10 puteri tercantik.

Paling sempurnaPuteri Mahkota Mary (Denmark).


HANYA selepas tiga tahun berkahwin dengan bakal pewaris takhta Denmark, puteri yang diberi nama Mary Donaldson mampu memartabatkan dirinya sebagai puteri paling sempurna di dunia.Walaupun terikat dengan protokol dan disiplin diplomasi — sesuai dengan kedudukannya sebagai bakal ratu — puteri kelahiran Tasmania, Australia ini masih mengekalkan sifat merendah diri.


Mary, 36, juga tidak melupakan asal-usulnya dan berpijak di bumi nyata.Secara peribadi, Mary berjaya merealisasikan harapan dipikul kepadanya selepas menjadi pilihan Putera Mahkota Frederik André Henrik Christian, 39, termasuk melahirkan zuriat bagi mewarisi takhta istana Denmark.Mary mengabdikan dirinya untuk ada di sisi Frederik dan menyesuaikan diri dengan kalangan istana.Sebagai ibu, Mary membesarkan sendiri anaknya, Christian, 2, dan Isabella, 10 bulan.


Sikap bersahaja dan penyayang Mary terhadap keluarga mengingatkan ramai orang kepada mendiang Puteri Diana.Ketika hubungan Mary — Frederik bergoncang akibat kehadiran orang ketiga, dia berjaya mengharunginya dengan tabah, malah memulihkan keadaan menjadi seperti sedia kala.Dalam kesibukan dengan tugas rasmi, Mary meluangkan masa untuk bergiat aktif dalam 21 pertubuhan kebajikan, termasuk Yayasan Mary yang dirasmikannya September tahun lalu.Matlamat utama yayasan itu ialah "menggalakkan toleransi dan kepelbagaian serta melindungi golongan terpinggir."


Mesra mediaPuteri Letizia (Sepanyol)


ISTERI Putera Mahkota Felipe ini sangat berkeyakinan ketika berdepan kamera media massa.Ia tidak menghairankan kerana sebelum berkahwin dengan Felipe, 40, Letizia Ortiz Rocasolano adalah wartawan yang pernah memenangi anugerah.Dia juga mengambil tahu perkembangan dunia melalui akhbar dan televisyen setiap hari.


Sebelum menjadi pasangan Felipe, Letizia, 35, pernah bersuamikan pensyarah, Alonso Guerrero pada 1999 tetapi hubungan itu berakhir setahun kemudian.Letizia bertemu Felipe dalam satu majlis makan malam pada 2003 dan mereka saling jatuh cinta. Hubungan itu membawa kepada perkahwinan pada Mei 2004.Kini pasangan terbabit tinggal di Istana Zarzuela di pinggir Madrid, bersama anak, Leonor, 2, dan Sofia, 10 bulan.


JelitaPuteri Madeleine (Sweden)


ANAK bongsu pasangan Raja Carl Gustaf, 61, dan Ratu Silvia, 64, ini memiliki kecantikan sejati.Justeru, tidak hairan apabila Len — nama gelaran kalangan kenalannya — dianggap sebagai anggota keluarga diraja tercantik di Eropah.Hobi Len, 25, adalah bermain ski dan menggubah permata.Ketika menuntut jurusan undang-undang di London, Len sering menjadi buruan paparazzi, menyebabkan dia kini lebih selesa duduk di rumah.Len kini menetap bersama teman lelakinya, Jonas Bergstrom dan Zorro, seekor anjing di Stockholm.


ModenPermaisuri Lalla Salma (Maghribi)


PUTERI ini dikenali sebagai Lala Bennani ketika lahir pada 10 Mei 1978 di Fez, Maghribi.Dia berusia 21 tahun dan bekerja sebagai jurutera komputer ketika menjadi perhatian Putera Mohammed (kini Raja Mohammed VI) dalam majlis keraian pada 1999. Tiga tahun kemudian, mereka mendirikan rumah tangga.Lalla, 29, menjadi perhatian apabila meninggalkan amalan tradisi keluarga diraja Maghribi.


Jika sebelum ini isteri raja negara itu tidak muncul di khalayak ramai, Lalla mengubahnya dengan drastik.Beberapa kali dia ke luar negara tanpa ditemani suaminya, selain puteri pertama Maghribi muncul dalam media. Lalla kini ibu kepada Moulay el-Hassan, 4, dan Lalla Khadija, 1.


PopularPuteri Maxima (Belanda)


PERINGKAT awal hubungannya dengan Putera Willem-Alexander, 40, Maxima menghadapi krisis — bukan daripada keluarga kekasihnya, tetapi Parlimen Belanda.Maxima adalah anak Jorge Zorregueta, 80, menteri yang berkhidmat dalam kerajaan diktator Jeneral Jorge Videla di Argentina pada 1970-an.


Lahir di Buenos Aires, istana Belanda dipertikaikan kerana menerima Maxima sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.Ibu Willem-Alexander, Ratu Beatrix, 70, kemudian muncul di televisyen mengumumkan pertunangan mereka, sambil menganggap Maxima sebagai 'wanita pintar dan moden'.Walaupun begitu, ketika Maxima dan Willem-Alexander berkahwin, Zorregueta dilarang hadir.


Kini, kontroversi itu tidak lagi menjadi isu di Belanda. Maxima, 36, disenangi penduduk negara itu dengan sifat bersahajanya.Pasangan ini mempunyai tiga anak: Catharina-Amalia, 4; Alexia, 2, dan Ariane, 10 bulan.Selain gemar menyanyi dan menari, Maxima pernah menganggotai panel penasihat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai pinjaman kredit kepada golongan miskin.


Bertuah Puteri Kiko (Jepun)


SEANDAINYA ada kisah mengenai perbezaan nasib dua puteri, tentu ia membabitkan Puteri Kiko dan Puteri Mahkota Masako.Dua wanita daripada golongan kebanyakan ini menjadi lambang wanita moden apabila mengahwini dua putera Maharaja Jepun (Kiko berkahwin dengan Putera Akishino pada 1990 manakala Masako dengan Putera Naruhito pada 1993).


Tatkala Masako tertekan dengan peraturan istana yang terlalu ketat serta kegagalan melahirkan anak lelaki bagi meneruskan kesinambungan takhta istana Jepun, Kiko menjadi menantu kesayangan Maharani Michiko, 73.Kiko mengelakkan krisis perlembagaan apabila melahirkan anak lelaki, yang pertama dalam keluarga diraja sejak 1965.Putera Hisahito, 17 bulan, yang mempunyai dua kakak, Puteri Mako, 16, dan Puteri Kako, 13, bakal menjadi maharaja akan datang.


VeteranPuteri Michael (Britain)


DIKENALI sebagai ‘Princess Pushy’, Marie-Christine von Rebnitz, 63, mendakwa mewarisi darah Catherine the Great, Marie Antoinette dan William the Conqueror.Bagaimanapun, ibunya terpaksa bekerja sebagai pendandan rambut untuk membiayai persekolahannya di Sydney.


Dia tiba di Eropah pada usia 22 tahun dan berkahwin dengan lelaki tua daripada kalangan bangsawan sebelum bercerai dan diperisterikan Putera Michael (sepupu Ratu Elizabeth).Kini dia adalah penulis terkenal dan pereka fesyen.


Serba boleh Charlotte Casiraghi (Monaco)


LAHIR sebagai Charlotte Marie Pomeline Casiraghi kerana ibunya, Puteri Caroline, 52, mahu dia membesar senormal mungkin.Bagaimanapun, maksud ‘normal’ itu sendiri secara relatif berbeza-beza, kerana ketika menyambut ulang tahun kelahiran kelimanya, Charlotte dihadiahkan sebuah pulau di luar pantai Sardinia di Laut Mediterranean.


Pada usia lapan tahun, dia mengenakan pakaian gaun jenama Chanel dan Karl Lagerfeld.Ketika belasan tahun, Charlotte menguasai tiga bahasa (Perancis, Itali dan Inggeris).Kini, Charlotte yang berusia 21 tahun gemar berkuda, ski dan berparti.


Daya pemikat Puteri Haya Al Hussein (Jordan)


DIA adalah anak Raja Hussein yang memerintah Jordan sebelum ini.Mendapat pendidikan di Universiti Oxford, Haya, 33, adalah wanita Arab pertama menyertai pertandingan ekuestrian antarabangsa, selain mewakili Jordan dalam sukan Olimpik Sydney pada 2000.


Haya baru saja dilantik sebagai Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selain wanita pertama berkhidmat di bawah Program Bantuan Makanan Dunia.Pada 2004, Haya berkahwin dengan pemerintah Dubai, Mohammed Rashid al-Maktoum.


PatriotikPuteri Victoria (Sweden)


BELIAU memandang serius tugasnya sebagai bakal Ratu Sweden. Ketika berusia dua tahun, Sweden menggubal perlembagaan untuk membolehkan Victoria menaiki takhta. “Saya dilahirkan untuk membantu Sweden,” katanya.


Victoria, 30, mempelajari ilmu politik di Universiti Yale, Amerika Syarikat, bertugas dengan PBB dan mendapat latihan ketenteraan Sweden.Tujuh tahun lalu Victoria mengalami tekanan sehingga menyebabkan dia berdepan masalah kesihatan.Teman lelakinya, Daniel Westling, 34, masih belum diterima oleh keluarga menyebabkan dia tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis istana.

0 ulasan: