CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Hit Me More!!

ma slide show;)

Rabu, 5 Mac 2008

Tips Untuk Berjaya

Artikel ini mungkin boleh membantu menyedarkan lebih ramai orang bahawa setiap seorang daripada mereka termasuk Anda juga, sebenarnya mempunyai hak untuk berjaya. Kita sentiasa diberi pilihan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita mahukan.

Konsepnya, sepatutnya lebih ramai orang cuba menghargai kehidupan dan berhenti menyalahkan takdir. Mengapa? Kerana takdir itu sebenarnya tidak pernah salah, tetapi Anda yang melihat takdir dari sudut pandangan yang salah lalu mengatakannya salah.
Sedar atau tidak, Anda tidak menjaga peluang yang diberikan dengan baik. Saya faham, mungkin anda sering berkata begini dalam hati:


“Oh, saya ada peluang? Betulkah? Ahh. Mengarut! Hidup saya sekarang penuh dengan kegagalan. Hidup saya ni penuh dengan penyesalan!. Saya tidak akan mampu berjaya seperti kebanyakan orang yang lain. Saya selalu saja gagal. Kenapa ini berlaku pada saya seorang? Nampaknya sudah takdir begitu. Inilah hidup saya”
“Saya dah cuba banyak kali. Tapi masih tiada hasil. Saya sudah buat yang terbaik, tetapi masih tak mencapai target yang saya mahu. Saya dah penat, cukuplah sampai di sini saja! Cukup menyusahkan. Kalau saya tahu begini jadinya, saya tak nak cuba dari awal lagi.”
“Saya dah baca banyak artikel motivasi dan saya juga dah dengar banyak dengar ceramah-ceramah. Tapi saya masih di takuk yang sama! Semuanya tak berkesan langsung. Menghabiskan masa, tenaga dan duit saya saja”


Pernahkah Anda bertanya bagaimana ia terjadi sebegitu?
Sebab anda membiarkan emosi anda menguasai fikiran Anda. Anda terus memikirkan kegagalan setiap masa dan fikiran anda dipenuhi oleh kegagalan! Anda membiarkan apa yang tidak sepatutnya berlaku menjadi realiti tanpa anda sedari.


Jika Anda telah mencuba tetapi masih gagal, syabas! Anda mungkin telah tersalah jalan. Tiada kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan. Anda cuma menemui jalan yang salah. Belum gagal, hanya perlu ubah strategi dan usaha lagi sehingga anda mencapai apa yang dimahukan.

Kegagalan bukan suatu perkara yang negatif. Ia sebenarnya relatif dan boleh diubah. Ibarat sebuah rumah yang anda boleh keluar masuk darinya. Maksudnya, Anda mempunyai pilihan. Buat keputusan sama ada masuk ke dalamnya dan terus menetap di sana. Pilihan lain, masuk dan keluar semula tanpa perlu menetap lama-lama.

Kegagalan menjadi satu perkara yang positif jika Anda menganggapnya positif, bersangka baik, mengubah strategi dan terus mencuba. Ia jadi negatif bila anda berputus asa dan berhenti dari berusaha lagi.

Realitinya, saya mahu anda faham, bahawa Anda tidak pernah gagal. Sebaliknya anda Cuma dah ambil keputusan untuk berputus asa bila berjumpa cara yang salah. Anda Cuma tak nak buat lagi bila apa yang anda mahukan tak menjadi.

You never fail, you just have given up!
Rasanya, adakah dengan berputus asa, satu langkah yang bijak bagi Anda?
Tahukah anda di dalam filem The Pursuit of Hapiness, watak utama pernah tidur di tepi tandas! Pernahkah anda lalui semua itu?


Tahukah anda Mat Jenin tidak salah kerana berkahayal. Tetapi yang salahnya apabila berkhayal, dan tidak meletakkan khayalannya kepada sesuatu yang bermakna dan nyata.
Berkhayal dengan tanpa tujuan, ibarat berangan-angan kosong. Akhirnya, esok pagi, anda lupa angan-angan anda. Tapi kalau anda cuba aplikasikan angan-angan itu, anda boleh mencetuskan macam-macam idea yang bakal membawa anda kepada kejayaan.


Bagaimana?Pertamanya, mempercayai, bahawa kejayaan adalah hak milik semua. Termasuk ANDA!
Sebelum anda belum bermula, latih diri Anda untuk berdialog dengan diri sendiri dan cuba kurangkan fikiran-fikiran negatif seperti :


- Merasakan diri tidak guna. ‘ Aku tak guna. Aku menyusahkan orang. Hidup aku tiada maknanya. Lebih baik aku tidak ada di dunia ini!’
- Mempercayai orang lain memandang rendah anda. Jangan! Itu tidak perlu. Yakinkan diri anda bahawa, mereka sebenarnya cuma cemburu dengan kejayaan demi kejayaan, yang anda kecapi. Terutamanya bila anda mula berkata positif kepada diri anda! Mereka takut! Takut apa? Takut anda akan mengatasi mereka. Anggap mereka sengaja mencabar anda.
- Anda mudah dipengaruhi oleh orang lain. Anda lebih senang berpandukan keputusan orang lain. Anda takut nak buat keputusan sendiri. Takut salah dan gagal. Jangan! Kegagalan jika di ambil sebagai suatu yang postif, mampu mengubahanda.
- Anda mudah marah dan kecewa apabila diberi teguran. Ego anda tercabar dengan teguran tu. Jika anda dalam keadaan begini, ia bukan membina tetapi menghancurkan satu persatu semagat juang dalam diri Anda. Selain itu, menebalkan lagi sempadan diri anda.


Awasi juga dialog-dialog diri anda yang lain. Pelbagai aura negatif, buruk dan berkarat mungkin bersarang dalam minda anda tanpa Anda sedari. Anda mungkin kata, “sudah beginilah kehidupan aku berlangsung.
Takdir telah tercatit seperti itu..” Itu fikiran negatif! Tapi pernah tak anda terfikir bahawa, takdir boleh diubah?

Destiny Can Be Changed If You Are The One Who Wanna Change It .
ALLAH SWT Maha Adil. Hasil usaha anda yang kuat, akan dibalas sesuatu yang berharga. Semakin kuat anda berusaha, semakin hampir anda dengan kejayaan.
Tapi dengan syarat, jika anda melakukannya dengan betul dan jelas. Jika anda tak tahu caranya yang betul, bertanya atau kaji sendiri melalui pemerhatian atau pembacaan.


Saya berikan anda contoh yang mudah. Cuba bayangkan anda memanjat pokok. Bagaimana cara yang anda tahu? Tanpa usul periksa, takkanlah nak lompat terus ke dahan pertama kan? Silap hari bulan, terjatuh ke bawah dan patah kaki!
Oleh itu, anda haruslah panjat dari bawah. Fikir dulu dan rancang strategi.


Kemudian, mulakan langkah, sedikit-sedikit dengan cara yang betul. Jika perlu pakai tali pinggang keselamatan. Pakailah. :p
Siapkan diri anda, letakkan dalam keadaan berjaga-jaga supaya jika anda jatuh pokok, tak teruk sangat sakitnya! Mungkin dengan letak tilam yang ada spring kat bawah pokok boleh membantu.


Adakah Itu sesuatu yang lucu? Kata orang. Ouh tidak! Itu tidak lucu.
Malahan itu unik. Anda cuma memastikan diri anda mendapat perlindungan sewajarnya. Mereka tidak akan bantu anda, anda kena bantu diri sendiri. Mengapa pula, sebab kalau Anda jatuh, rasanya apa yang akan mereka buat? Jangan terkejut, kerana pertama sekali mereka akan ketawakan Anda!


Yakinlah bahawa, untuk mencapai kejayaan, anda memerlukan teknik yang betul dan benar-benar mendatangkan hasil. Anda perlu pelajari dan kuasai teknik yang tepat, bekerja dengan smart; dan anda yakini diri bahawa kejayaan adalah hak anda! Selepas itu…

Success Is Truly Will Be Yours.
Bagaimana untuk bermula? Cadangan saya, praktikkan dulu berdialog dengan diri sendiri. Bayangkan anda sedang berkata terus dengan diri anda bagaikan mengadap sebuah cermin. Lihat diri ada sepenuhnya. Ceria atau tidak? Bersemangat atau tidak?


Setiap hari, ucapkan kata-kata positif dan bersemangat pada diri anda sendiri. Kalau bukan anda yang buat, takkan ada sesiapa yang lakuannya untuk anda. Bahkan mereka tidak akan sesekali mahu melakukannya untuk Anda.
Ambil tanggungajawab pada diri sendiri, hargai kehidupan anda, kawal pemikiran anda, jangan takut pada kegagalan. Terima hakikat, kegagalan akan timbul dalam proses anda mahu berubah untuk mencapai kejayaan.


Kegagalan akan membuatkan anda tahu perkara yang selama ini anda tak tahu. Kegagalan akan mengajar diri anda bahawa apa yang anda lakukan tu sebenarnya salah dan bukan cara yang mendatangkan hasil. Oleh itu anda perlu berusaha lagi cari cara yang betul.

Tetapi yang manakah yang perlu anda mulakan dulu? Bermacam-macam cara anda boleh mulakan. Tapi cadangan saya : Kawal fikiran anda. Kawal minda anda. Baja ia dengan perkara-perkara baik dan sangkaan baik terhadap semua orang dan semua keadaan.

Anda mesti belajar menghargai diri. Anda mesti menghargai keunikan diri anda.
Anda tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tentang keunikan diri anda.
Setiap orang unik. Setiap orang istimewa. Anda, bagi saya ada keistimewaan tersendiri.
Ingat tu!





0 ulasan: