CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Hit Me More!!

ma slide show;)

Isnin, 10 Mac 2008

Tugasan Pilihan

MENGAPA AKHBAR PERLU DIEDIT???

Akhbar melaporkan secara terperinci daripada peristiwa terbesar sehinggalah yang sekecil-kecilnya dari segenap pelusuk dunia. Akhbar wujud sebagai ejen pemberitahu dan mempengaruhi masyarakat, mencari dan mencuba untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sejarah sebagai perbandingan kepada kehidupan seharian.

Untuk melakukannya adalah satu tugas yang mencabar dari segi teknikal dan akal dalam mengharungi tekanan di dalam masyarakat yang sentiasa mengalami perubahan. Akhbar mewakili anggota masyarakat, rakyat, negara dan bangsa. Boleh dikatakan akhbar adalah sebahagian daripada masyarakat dan negara. Bagi kebanyakan majoriti negara dan penduduk di dunia, masyarakat masih lagi dianggap sebagai satu bentuk medium penyampaian berita yang utama.

Sejarah penerbitan akhbar di Malaysia bermula apabila akhbar-akhbar luar yang dibawa masuk ke Tanah Melayu kurang menarik dan tertumpu kepada laporan yang memenuhi kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja.

Bagaimanakah akhbar tercipta dan bilakah ia tercipta? Orang Roman merupakan mereka yang terawal menyedari akan nilai dan kepentingan untuk mencatatkan peristiwa atau perkara serta acara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka seperti perkahwinan, kematian, dan sebagainya dan menyebarkan perkara-perkara tersebut di kawasan-kawasan awam.

Walau bagaimanapun, pada waktu itu ia masih lagi dalam bentuk tulisan tangan. Di Eropah, percetakan akhbar bermula pada akhir abad ke-15. Edisi awal akhbar lebih menjurus kepada politik dan pengkritikan secara aman dan kerap kali diharamkan serta disekat penerbitannya oleh kerajaan.

Melahirkan masyarakat yang berilmu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila kita menjadikan akhbar sebagai medium. Maka tidak hairanlah jika akhbar perlu diedit sebelum diterbitkan kepada pembaca. Kenapa dan mengapa akhbar perlu diedit merupakan satu pengdefinisian yang luas.


Seperti yang kita sedia maklum, media massa mempunyai empat fungsi dan peranan utama iaitu sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur.
Peranan media massa sebagai pemerhati bolehlah dihuraikan sebagai “media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita”. Dari pemerhatian tersebut, media massa terutamanya media cetak seperti akhbar akan melaporkan kepada khalayak umum.


Bagaimanapun tidak semua peristiwa yang berlaku akan dilaporkan oleh media massa. Media massa akan memilih peristiwa yang dianggap relevan dan signifikan sahaja untuk dilaporkan kepada umum. Oleh itu, proses penyuntingan atau pengeditan perlu sebelum sesuatu maklumat disampaikan melalui media seperti akhbar mahupun televisyen.

Selain peristiwa yang relevan serta signifikan sahaja dilaporkan, media massa seperti akhbar perlu diedit bagi mengelakkan bias terhadap isu perkauman kerana di negara kita wujud masyarakat yang pelbagai kaum. Malah isu jantina juga merupakan perkara yang sensitif jika akhbar mengeluarkan berita tanpa diedit. Selain daripada itu, kenapa akhbar perlu diedit adalah kerana untuk memastikan bahawa tiada wartawan yang akan melanggar etika kewartawanan dalam menyampaikan sesuatu maklumat (berita) itu sehingga boleh menjatuhkan dan mengaibkan seseorang.

Dalam organisasi media itu sendiri wujud rangkaian penyuntingan dan pentafsiran yang dipanggil sebagai ‘gatekeepers’. ‘Gatekeepers’ ini adalah terdiri daripada pemberita, ketua meja berita, ketua pemberita, ketua penyunting berita, penolong penyunting berita, penolong ketua pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan syarikat media massa dan kadangkala juga pembaca pruf. Rangkaian penyuntingan atau pengeditan dan pentafsiran inilah yang menentukan laporan kejadian manakah yang akan menjadi Berita Utama, Berita Kaki, Berita Sendal, Rencana Pilihan, Komentar dan sebagainya.

Akhbar perlu diedit, ini adalah untuk menentukan adanya pertalian di antara agenda media dan agenda publik (umum). Oleh itu, isu yang dibangkitkan perlu mempunyai persamaan dengan isu yang dibincangkan oleh ahli masyarakat biasa. Ini kerana media seperti akhbar boleh mempengaruhi masyarakat sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain.

Masyarakat akan lebih tahu tentang perkara yang diberi perhatian oleh media dan kurang mendapat maklumat tentang perkara yang tidak diberi perhatian oleh media (akhbar). Sebagai contoh, ketika isu gula yang berlaku. Pihak media cuba mengurangkan isu gula ini dengan memberi perhatian lebih isu tentang perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Perkara ini semua hanya akan berlaku jika pengeditan atau penyuntingan dijalankan, kerana wartawan tidak boleh mengeluarkan berita yang tidak melalui ‘gatekeepers’. Oleh itu, dapat disimpulkan juga bahawa akhbar perlu diedit supaya dapat menentukan fakta yang boleh dipercayai oleh masyarakat, menentukan penyelesaian terhadap sesuatu masalah, menentukan tumpuan perhatian terhadap sesuatu isu dan menentukan apa yang patut diketahui oleh masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh ‘gatekeepers’ adalah sangat penting dalam mengedit sesuatu akhbar itu. Melalui peranan-peranan ‘gatekeepers’ inilah akhbar akan diedit sebelum diterbitkan. Oleh itu secara tidak langsung, pihak media perlu menjadi pengantara dalam menjaga sensitiviti rakyat dengan kerajaan agar pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar (tidak mencetuskan persengketaan).

Pengeditan akhbar ini sangat penting kerana pihak akhbar atau media tidak boleh mengeluarkan berita yang bertentangan dengan pemerintah dan hendaklah mendukung segala dasar-dasar kerajaan serta memainkan peranan dalam memberikan pembangunan yang positif terhadap dasar kerajaan.

Walaupun wartawan atau akhbar diberi kebebasan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta menyalurkannya, namun pemerintah mempunyai kuasa untuk campurtangan pada bila-bila masa sahaja dan mengarahkan penapisan berita. Malah boleh memberhentikan berita ataupun menarik balik lesen operasi serta mengarahkan untuk ditutup jika maklumat yang disalurkan kepada umum memberi impak yang negatif dalam perhubungan pemerintah dengan rakyat. Maka itulah, akhbar perlu diedit supaya maklumat-maklumat yang disampaikan menepati ciri-ciri yang dikehendaki daripada aspek pembangunan negara, masyarakat dan kepentingan ekonomi.

‘Housestyle’ pula adalah merupakan corak penulisan sesuatu agensi. Akhbar juga perlu diedit supaya isi bahasa persembahan masih dalam piawaian yang ditetapkan dan teknikal-teknikal sentiasa berdasarkan ‘huosestyle’ masing-masing. Setiap agensi akhbar mempunyai ‘housestyle’ yang berlainan. Dengan itu, setiap pihak akhbar akan memastikan berita yang dikeluarkan adalah mengikut ‘housestyle’ masing-masing. Manakala ciri utama perlu diletakkan sebagai pendahuluan. Pengeditan juga perlu untuk memastikan berita yang dikeluarkan mengikut ‘guidelines’ dan ‘style’.

1 ulasan:

Fazizi berkata...

satu artikel yg bagus..berguna utk exam pengantar teknologi media jap lg hehe